Thursday, August 19, 2010

Selamat Berpuasa~

kisah luqman dengan telatah manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar (keldai), mnakal anaknya mengikut dari belakang. melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, '"lihat org yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anknya dibiarkannya berjalan kaki"

Setelah mendengarkan kata2 itu maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anakknya di atas himarnya itu. Melihat yang demikian, maka org di pasar itu berkata pula "lihat org tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu".

Sebaik sahaja mendengar kata2 itu, Luqman terus naik ke belakang himar itu bersama2 anaknya. kemudian org ramai pula berkata lagi, "lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalh sungguh menyeksakan himar itu.

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya pun turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara org berkata "dua org berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderaii".

Dlam perjalnan mereka dua beranak menuju jalan pulang. Luqman telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya "sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu daripada percakapan manusia. maka org yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan Allah SWT sahaja. Brangsiapa mengenal kebenaran, itulah menjadi pertimbangan dalam setiap sesuatu"

kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anknnya, katanya " wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. sesungguhnya tiadalah org fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinan diri (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai org)
dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiaannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu adalah orang2 yang suka merendah2kan dan meringan2 kan nya".


same kan dengan what goes around with the world today
sebaik mane pun anda.........mesti ade org mengata jugak~
yang penting kita tetap ingat Allah...kerana Allah bersama org2 yang benar...............


No comments:

Post a Comment