Friday, October 15, 2010

Cinta 
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.


Sayang 
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.



Suka 
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...



Minat 
ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya



Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...


Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...


Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...




Di depan orang yang kita cinta,

lidah kelu untuk berkata-kata...

Di depan orang yang kita suka,

lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...


Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta....
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...


Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...




Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata





Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta!




Tetapi, hakikatnya¦
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi!



No comments:

Post a Comment